Sungai Petang

BIOTAPAK

12 Biotapak

MENU

Facebook

Merupakan santuari kelah (Tor tambroides) yang mempunyai populasi yang dianggarkan lebih daripada 5000 ekor kelah dewasa. Spesies ini tidak mempunyai perut tetapi mempunyai usus yang panjang. Spesies ikan ini memakan secara menghisap sebagai satu adaptasi terhadap struktur mulutnya (Lieng, 1999). Dari segi pemakanan, spesies ini adalah dari jenis omnivor. Walaupun tidak mempunyai perut, ikan kelah dewasa memakan ikan kecil (2-5 cm panjang), biasanya dari spesies Rasbora caudimaculata, R.Trilineata, Mysticoleucus marginatus dan Osteochoilus spp., serta udang (contohnya (e.g. Macrobrachium spp.). Hasil pemeriksaan kandungan usus T. tambroides mendapati alga perang dan hijau juga dimakan oleh spesies ini, selain buah yang sudah masak dan biji benih beberapa jenis pokok yang berhampiran dengan tebing sungai seperti pokok neram (Dipterocarpus oblongifolius). Buah neram sering dijadikan umpan untuk menangkap spesies yang lumayan ini (Tan, 1980). Spesies juvenil pula memakan pelbagai jenis zooplankton, alga dan larva serangga akuatik.

LOKASI

KEUNIKAN

Merupakan santuari kelah (Tor Tambroides) yang mempunyai populasi yang dianggarkan lebih daripada 5000 ekor kelah dewasa.