Gua Taat

BIOTAPAK

12 Biotapak

MENU

Facebook

Gua Taat, sebuah gua yang terletak di Bukit Taat di dalam kawasan Tasik Kenyir dan mempunyai keluasan kira-kira 2,500 km serta terletak di GR 256355 Syit 48 siri L 7010 tahun 1973 berhampiran dengan Gunung Bewah. Pada bahagian hadapan gua ini iaitu pintu masuk nya berbentuk seperti kepala kambing .

Beberapa siri penyelidikan telah dijalankan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia yang diketuai oleh Prof. Dato’ Nik Hasan Suhaimi bin Abdul Rahman dengan kerjasama daripada Jabatan Muzium dan Antiquiti dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu telah menemukan beberapa artifak bersejarah tinggalan manusia zaman pra sejarah, Zaman Hoabinhian. Antara artifak-artifak yang ditemui sepanjang penggalian yang dilakukan seperti alat batu jenis Sumatralith, tulang binatang, serpihan tembikar, biji-bijian dan sebagainya.

Selonggok cengkerang, sejenis siput yang pernah menjadi makanan manusia pra sejarah telah dibawa ke sebuah makmal di Amerika Syarikat bagi tujuan pentarikhan telah menunjukkan bahawa kronologi tapak arkeologi Gua Taat dalam lingkungan 8920 lebih kurang 192 km ke 2630 lebih kurang 128.8 km persegi. Ini bermakna masyarakat pra sejarah telah pun berada di situ sejak zaman Hoabinhian dan penempatannya lebih awal daripada penempatan di Gua Bewah.

Flora di kawasan tersebut terdiri daripada pelbagai jenis tumbuhan, daripada jenis pokok tinggi, tumbuhan ubatan, pokok buah-buahan hutan, sehingga spesies lumut, paku pakis dan tumbuhan memanjat. Antara spesis yang terdapat di Gua Bewah adalah Keladi, Sirih Harimau (Piper porphyrophyllum), Pak Punggah (Aralidium pinnatifitidum), Serapat Kulit (Paramaria leavigata), Ara ( Ficus vasculosa) dan Keledang Temponek (Artocarpus rigidus). Antara fauna yang terdapat di Gua Taat adalah kelawar, cengkerik, labah-labah besar, lipas besar, ular gua, lipan gua dan beberapa ketam besar.

LOKASI

KEUNIKAN

Flora di kawasan tersebut terdiri daripada pelbagai jenis tumbuhan, daripada jenis pokok tinggi, tumbuhan ubatan, pokok buah-buahan hutan, sehingga spesies lumut, paku pakis dan tumbuhan memanjat.Terdapat juga tumbuhan langka seperti Begonia reginula dan Pentace excelsa (Melunak) selain haiwan ikonik lainnya seperti harimau dan gajah. Antara spesis yang terdapat di Gua Bewah adalah:

  • Keladi
  • Sirih Harimau (Piper porphyrophyllum)
  • Pak Punggah (Aralidium pinnatifidum)
  • Serapat Kulit (Parameria laevigata)
  • Ara (Ficus vasculosa)
  • Keledang Temponek (Artocarpus rigidus)