12 Biotapak
Gunung Gagau merupakan puncak kedua tertinggi di Taman Negara selepas Gunung Tahan. Pada puncak gunung ini, iaitu pada ketinggian 1,376 meter, ketiga-tiga negeri yang berada dalam sempadan Taman Negara iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dapat dilihat. Kawasan hutan di Gunung gagau terbahagi kepada tiga jenis hutan yang utama iaitu hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan hutan Montane. Pelbagai jenis flora dan fauna direkodkan di Gunung Gagau yang merangkumi 97 spesies lumut, 89 spesies paku-pakis dan likofit, 111 spesies tumbuhan berbiji benih, 18 spesies amfibia, 14 spesies reptilia dan 2 spesies haiwan lain. Kepelbagaian flora dan fauna yang menghuni Gunung Gagau menjadikan ianya sebagai tapak pemuliharaan bagi spesies-spesies Dipterokarp Bukit, Dipterokarp Atas dan Montane.
Kawasan hutan di Gunung gagau terbahagi kepada tiga jenis hutan yang utama iaitu Hutan Dipterokarp Bukit, Hutan Dipterokarp Atas dan Hutan Montane. Pelbagai jenis flora dan fauna direkodkan di Gunung Gagau yang merangkumi:
Kepelbagaian flora dan fauna yang menghuni Gunung Gagau menjadikan ianya sebagai tapak pemuliharaan bagi spesies-spesies Dipterokarp Bukit, Dipterokarp Atas dan Montane.