Gunung Gagau

BIOTAPAK

12 Biotapak

MENU

Facebook

Gunung Gagau merupakan puncak kedua tertinggi di Taman Negara selepas Gunung Tahan. Pada puncak gunung ini, iaitu pada ketinggian 1,376 meter, ketiga-tiga negeri yang berada dalam sempadan Taman Negara iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dapat dilihat. Kawasan hutan di Gunung gagau terbahagi kepada tiga jenis hutan yang utama iaitu hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan hutan Montane. Pelbagai jenis flora dan fauna direkodkan di Gunung Gagau yang merangkumi 97 spesies lumut, 89 spesies paku-pakis dan likofit, 111 spesies tumbuhan berbiji benih, 18 spesies amfibia, 14 spesies reptilia dan 2 spesies haiwan lain. Kepelbagaian flora dan fauna yang menghuni Gunung Gagau menjadikan ianya sebagai tapak pemuliharaan bagi spesies-spesies Dipterokarp Bukit, Dipterokarp Atas dan Montane.

LOKASI

KEUNIKAN

Kawasan hutan di Gunung gagau terbahagi kepada tiga jenis hutan yang utama iaitu  Hutan Dipterokarp Bukit, Hutan Dipterokarp Atas dan Hutan Montane. Pelbagai jenis flora dan fauna direkodkan di Gunung Gagau yang merangkumi:

  • 97 spesies lumut
  • 89 spesies paku-pakis dan likofit
  • 111 spesies tumbuhan berbiji benih
  • 18 spesies amfibia
  • 14 spesies reptilia
  • 2 spesies haiwan lain


Kepelbagaian flora dan fauna yang menghuni Gunung Gagau menjadikan ianya sebagai tapak pemuliharaan bagi spesies-spesies Dipterokarp Bukit, Dipterokarp Atas dan Montane.