kenyir_geopark

Kenyir Geopark telah diisytiharkan sebagai Geopark Kebangsaan Ke-9 pada 31 Mei 2023. Kawasan Kenyir Geopark adalah seluas 244,900 hektar yang merangkumi mukim di dalam daerah Hulu Terengganu iaitu Mukim Hulu Terengganu, Mukim Tersat, Mukim Kuala Berang, Mukim Jenagur, dan Mukim Hulu Telemung.

Kepelbagaian geologi yang sangat menarik dengan landskap rantaian pulau, air terjun yang memukau pandangan dengan ciri batuan yang berusia jutaan tahun. Penemuan 3 spesies Fosil Dinosaur iaitu Theropod, Sauropod dan Iguanodon yang berusia 65 juta tahun, dijumpai semasa Ekspedisi Gunung Gagau 2014. Di sekitar kawasan Tasik Kenyir ini juga terdapat penempatan awal hidupan pra-sejarah iaitu manusia zaman Mesolitik berusia lebih kurang 16,000 tahun (Tertua di Malaysia) yang dikenali sebagai Bewah Man.

15

GEOTAPAK

15

TAPAK BUDAYA DAN WARISAN

12

BIOTAPAK

1

GEOARKEOLOGI

3

GEOPRODUK

Luas Kawasan Kenyir Geopark

Luas kawasan Kenyir Geopark ialah 2,449 km persegi, meliputi sebahagian daerah Hulu Terengganu. Kawasan cadangan geopark dibahagikan kepada sekitaran daratan dan sekitaran tasik.


Persekitaran daratannya dicirikan oleh kawasan berbukit bukau dan pergunungan yang membentuk kawasan tadahan utama. Puncak-puncak tertinggi di dalam kawasan tadahan di antaranya adalah Gunung Gagau, Gunung Gajah Terom, Gunung Bongsu dan Gunung Tembat. Kawasan lembah dan tanah rendah pula kesemuanya telah ditenggelami oleh air tasik sementara puncak-puncak bukit separuh tenggelam membentuk rantaian pulau-pulau yang sangat indah