GEOARKEOLOGI

GUA BEWAH

bewah2009

Gua Bewah, sebuah gua batu kapur yang terletak di Gunung Bewah dalam Tasik Kenyir dan merupakan gua kedua selepas Gua Tuk Bidan yang telah tenggelam akibat pembinaan Empangan Kenyir. 

Gua yang berada di dalam tasik seluas 2590 km atau 260,000 hektar ini banyak menyimpan khazanah prasejarah zaman Hoabinhian. Di dalam gua ini manusia prasejarah telah mendiaminya sekitar 13,400 tahun dahulu berdasar kepada pentarikhan radiokarbon dalam tahun 2010. Penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Muzium Negeri Terengganu menemukan banyak peralatan batu zaman Hoabinhian seperti batu pelandas, batu pengetuk, batu tarahan, serpihan tembikar dan sisa makanan.

Menilai dari segi kronologi masa terbukti di Terengganu manusia zaman Hoabinhian mendahului manusia zaman Hobinhian yang tinggal di gua-gua batu kapur lain di Semenanjung Malysia. Di Gua Kecil, Kota Balai dan Gua Sagu di Pahang penempatan mereka sekitar 11,000 tahun dahulu dan Gua Cha, Kelantan sekitar 10,000 tahun dahulu.

Penyelidikan arkeologi yang dibuat menunjukan bahawa penempatan awal manusia prasejarah bermula di Gua Bewah bermula dari zaman prasejarah Hoabinhian atau Mesolitik hingga ke zaman Neolitik. 

Selain dari itu terdapat juga Kajian yang dibuat oleh Jabatan Geosains Terengganu mendapati Gunung Bewah amat kaya dengan fosil yang pelbagai jenis terutamanya fosil bivalvia aneh Alatochonchidea, satu-satunya yang terdapat di Asia Tenggara dan antara yang ketujuh di dunia. Sebelum ini terdapat spesis lipas gua yang tidak ditemui di kawasan lain selain daripada Gua Bewah. Kedua-dua sepsis ini boleh menjadi daya tarikan yang kuat kepada orang ramai untuk melihatnya khusus pelancong luarnegara.

Gua Bewah, sebuah gua yang terletak di Gunung Bewah dalam kawasan Tasik Kenyir dan mempunyai keluasan kira-kira 2,590 km. Di dalam gua ini pernah menjadi tempat perlindungan dan kediaman di kalangan manusia pra sejarah yang mengamalkan kehidupan primitif seperti memburu.

Kawasannya merupakan laluan utama penduduk zaman silam berulang alik dari Terengganu ke Kelantan dan dari Pahang ke Terengganu menerusi Sepia atau Sat/ Tembeling. Dalam tahun 1956, R.O.D Noone, bekas Penasihat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Tanah Melayu dan Pengarah Muzium Negara pernah bermalam di kawasan ini dalam lawatan beliau ke kawasan pedalaman telah melaporkan bahawa beliau telah menemui beberapa peralatan batu yang cantik dan dipercayai pernah digunakan oleh manusia pra sejarah Zaman Batu Neolitik ( 3,000 hingga 800 S.M).

Beberapa penyelidikan dilakukan oleh pihak Jabatan Muzium Negara dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu pada tahun 1975 telah menemukan tinggalan artifak-artifak bersejarah seperti kapak batu, penggorek api, beliung batu, serpihan tembikar dan banyak lagi. Selain daripada itu mereka menjumpai rangka manusia zaman purba ( zaman Neolitik) hasil kerja-kerja penggalian di muka pintu Gua Tuk Bidan.

Penggalian seterusnya dijalankan pada tahun 1996 oleh Jabatan Muzium dan Antiquiti dengan kerjasama pihak Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Setelah itu Kerja-kerja penggalian telah diteruskan pada tahun 2009, 2010 dan 2011. Ianya dijalankan dengan kerjasama ATMA Universiti Kebangsaan Malaysia dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Kerja-kerja penyelidikan akan ini akan dijalankan pada masa hadapan demi merungkai lebih banyak sejarah di kawasan ini.

Sejarah geologi Bukit Bewah dan kawasan sekitar nya bermula sejak zaman karbon iaitu 360 juta hingga 290 juta tahun. Di sini terdapat beberapa buah lubang gua yang terbentuk secara semulajadi antara nya Gua Bewah,sebuah gua yang terletak di Gunung Bewah dalam kawasan Taman Negara di dalam Tasik Kenyir yang mempunyai keluasan 2590 km. Ketinggian Gunung Bewah mencapai 1986 kaki. Gua Bewah merupakan gua kedua yang dijumpai selepas Gua Tok Bidan yang tenggelam akibat pembinaaan Tasik Kenyir.Pintu gua nya mengarah ke selatan, panjang nya gua ini lebih kurang 130m dan lebar nya lebih kurang 15 hingga 30m. Gua Bewah memanjang ke arah 300o selari dengan lineamen yang terdapat di bumbung gua.

Batu kapur yang membentuk Bukit Bewah terdiri daripada mineral kalsit dan dolomite. Ia juga mengandungi fasies biomikrit, biosparit dan mikrit. Batuan klastik yang terdapat sekeliling  batu kapur terdiri daripada batu pasir, batu lodak, syal dan rijang. Di Bukit Bewah terdapat 5 elemen yang menarik antara nya:-

  1. Lanskap kars iaitu keadaan bukit yang curam atau tegak yang terdiri daripada batu-batu yang sangat keras dan lapisan tanah yang sangat nipis.
  2. Gua iaitu lubang yang membentuk secara semulajadi.
  3. Litologi. Fosil turut ditemui di sekeliling dinding batu kapur gua seperti bahagian barat daya terdapat foraminifera, karang dan gastropod jenis Globivalvulia cf. graece, Endothyra sp., Glomospira sp. , Tuberitina sp., parafusilina sp., Calcisphaera sp. (Fontaine dan Khoo – 1988). 
  4. Kajian yang dilakukan oleh Cumming dalam tahun 1965 telah menemukan fosil-fosil seperti Parafusulina giganted Schubertella giraudi, Worthenia atau Glabrocingulum dan Huangia cf. Chihsiaensis.
  5. Manakala kajian oleh Kato dan Ezaki menjumpai fosil yang terdiri daripada Pseudofusulina, Pseudodoliolina, Yangchienia dan Yatsengia. Menurut Fontaine dan Khoo lagi, kawasan Gunung Bewah juga terdapat alga, forominifera, karang pada bahagian selatannya. Selain itu fosil-fosil seperti pasupalena, durigamat, schwarigina. Amiridhalofaloa, Brachiopod, pachyploia dan ipcyphylen- solid coral. Kesemua fosil-fosil ini wujud sejak era Permian Tengah sekitar 280 juta tahun.
  6. Daik igneus yang menjelaskan setelah terbentuk nya jasad batu kapur pada masa Perm Tengah berlaku tektonik dan rejahan daik igneus.
  7. Ekskavasi. Menurut kajian awal melalui ekskavasi yang telah dijalankan menunjukkan Gua Tok Bidan pernah didiami oleh manusia pra sejarah berdasar kepada penemuan alat batu cantik antara nya kapak batu, penggorek api dan sebagai nya.Dalam tahun 1975 satu pasukan daripada Muzium Negara dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu telah mengadakan galicari di Gua Tok Bidan.Ketika kerja-kerja penggalian dilakukan pelbagai artifak pra sejarah yang ditemui antara nya rangka manusia, alat batu, penggorek api, pisau batu dan banyak lagi. Kerja-kerja penggalian arkeologi diteruskan lagi oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dalam tahun 1996 yang diketuai oleh En. Zulkifli bin Jaafar dan dibantu oleh kakitangan Muzium Negeri Terengganu. Semasa penggalian terdapat alat batu yang dikenali sebagai pebble dan sisa makanan iaitu kulit siput sedut. Pada waktu ini sebanyak tiga buah petak galicari dibuka.