TUMBUK EMPING PADI

GeoPRODUK

3 Geoproduk

MENU

Facebook

Kampung Sekayu merupakan sebuah kampung yang terletak di dalam daerah HuluTerengganu. Penduduk di kampung ini masih mengekalkan tradisi menghasilkan emping padisecara tradisional sejak tahun 80-an lagi. Emping padi merupakan makanan tradisional masyarakat terdahulu yang diperbuat dari padi yang belum matang atau dikenali sebagai padi muda. Manakala proses pembuatannya dipanggil mengemping. Bagi menghasilkan hidangan ini, padi muda haruslah direndam semalaman dan digoreng sehingga garing. Padi yang telahgaring akan dimasukkan ke dalam lesung kayu yang besar untuk ditumbuk.

Proses menumbuk akan berakhir apabila padi goreng menjadi leper dan isi telah terpisah dari kulit. Padi yang telah ditumbuk akan menjalani proses menampi bagi mengasingkan isi dari kulit mengunakan alat tradisional iaitu tampi padi. 

Persembahan menumbuk emping padi ini sering dibuat ketika musim menuai sebagai tanda kesyukuran golongan petani terhadap hasil pertanian mereka. Sejak dahulu lagi, aktiviti mengemping padi ini dijalankan secara beramai-ramai oleh kalangan kaum wanita. Apa yang menarik lagi, apabila terhasil bunyi ketika proses padi ditumbuk yang dapat memberikan suasana yang meriah. Tradisi ini bukan hanya untuk menghasilkan hidangan emping sahaja malah menunjukkan semangat kerjasama antara penduduk setempat. 

Bagi masyarakat terdahulu mereka menjadikan hidangan ini sebagai juadah makanan ringan yang sesuai dimakan oleh pelbagai peringkat umur. Emping akan dicampur bersama kelapa parut, gula dan sedikit garam yang menghasilkan kombinasi lemak, manis dan masin Bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan cara pembuatan hidangan ini boleh hubungi Puan Nosrida binti Harun di talian 010-9205752.

LOKASI

KEUNIKAN

[…Maklumat keunikan Tumbuk Emping Padi…]