Tarian Balai

Tapak Budaya dan Warisan

15 Tapak Budaya dan Warisan

MENU

Facebook

Tarian Balai adalah tarian tradisional yang berasal dari Kampung Bukit Gemuroh, Hulu Terengganu yang telah bertapak kira-kira 300 tahun yang lalu. Tarian Balai ini juga dikenali sebagai “Balai Hulu” yang merujuk kepada kawasan pedalaman di Hulu Terengganu. Tarian ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga suatu bentuk ekspresi seni yang menggambarkan kehidupan seharian masyarakat tempatan terdahulu.

Dengan gerakan yang penuh makna, Tarian Balai ini menyulam cerita mengenai unsur-unsur pemujaan terhadap semangat padi yang ditarikan oleh anak-anak gadis desa di Kampung Bukit Gemuroh. Tarian ini diiringi dengan nyanyian yang berunsurkan nasihat serta teladan dan pegerakaan tarian ini menggambarkan kegembiraan petani setelah mendapatkan hasil daripada penanaman padi.

Persembahan ini mempunyai payung yang berwarna-warni yang diletakkan di tengah-tengah pentas dan para penari akan mengelilingi payung tersebut, yang menjadi simbol kepada semangat padi. 

Sejajar dengan arus pemodenan, pihak yang bertanggungjawab mula mengetengahkan semula tarian ini pada tahun 2012 kerana ia merupakan salah satu warisan budaya negeri Terengganu. Pelbagai langkah telah dilaksanakan antaranya memilih Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh, Hulu Terengganu sebagai pusat untuk melahirkan penari Tarian Balai. Sejajar dengan itu, unsur-unsur yang berkaitan pemujaan telah dihapuskan dan ditambah dengan unsur yang lebih releven. Penari merupakan pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh yang berusia daripada 8 hingga 12 tahun.

Tarian ini bukan sahaja merakamkan kisah kehidupan, akan tetapi bertindak sebagai medium untuk menyemarakkan keunikan budaya tempatan.

LOKASI

KEUNIKAN

[…maklumat keunikan Tarian Balai…]