Susu Masam

GeoPRODUK

3 Geoproduk

MENU

Facebook

Hidangan susu masam atau juga dikenali sebagai “yogurt” Terengganu merupakan hidangan tradisional berasal dari Hulu Terengganu sejak tahun 1970-an. Susu masam adalah hidangan khas masyarakat di Hulu Terengganu yang dimakan bersama nasi. Encik Zakaria Ideris atau Pak Ya merupakan pengusaha susu masam yang tinggal di Kampung Peris, Hulu Terengganu. Susu masam dihasilkan daripada susu kerbau yang diperah secara semula jadi dan diperam atau difermentasikan di dalam buluh selama 2 hingga 3 hari untuk menghasilkan tekstur yang pejal dan rasa yang menarik. Proses fermentasi yang digunakan dalam pembuatan hidangan ini juga membawa keunikan dalam citarasa dan aroma yang dihasilkan.

Secara umumnya, masyarakat terdahulu menjadikan susu masam sebagai minuman yang menyegarkan di tengah cuaca panas namun sejajar dengan arus pemodenan zaman sekarang hidangan ini dijadikan sebagai hidangan sampingan. Hidangan ini boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sebagai penambah selera semasa makan dengan mencampurkan susu masam bersama budu, tempoyak mahupun sambal belacan. Susu masam yang dihasilkan oleh Pak Ya merupakan susu masam seratus peratus tiada sebarang campuran dan tidak berbau hamis.

 Selain mempunyai rasa yang menarik, susu masam ini juga memiliki pelbagai manfaat kesihatan, terutama dalam meningkatkan sistem pencernaan dan memberikan nutrisi tambahan kepada badan. Hidangan ini boleh didapati di pasar Kuala Berang atau dikenali hari giliran setiap pagi rabu dan sabtu ataupun boleh hubungi di talian 019-9277514 (Pok Ya) untuk maklumat lebih lanjut.

LOKASI

KEUNIKAN

Susu masam adalah makanan tradisi yang hanya boleh di dapati di Hulu Terengganu sahaja dan boleh dimakan dengan begitu sahaja atau dengan budu serta tempoyak.