Silat Kura-Kura

Tapak Budaya dan Warisan

15 Tapak Budaya dan Warisan

MENU

Facebook

Silat Kura-Kura merupakan salah satu seni bela diri yang popular di Daerah Hulu Terengganu. Dikatakan silat ini bermula apabila seorang Tok Guru pergi bertapa di sebuah bukit yang bergunung ganang selama tujuh hari tujuh malam. Nama silat ini wujud apabila Tok Guru yang sedang bertapa itu menjatuhkan bertih yang hendak dimakan dengan tidak sengaja. Kemudian datang dua ekor kura-kura yang berebutkan makanan itu. Kura-kura itu kelihatan berpusing-pusing sambil mengais-ngais pasir dengan gerak yang mengagumkan serta menghasilkan bunyi berdesir seolah-olah lagak orang bertarung. 

Silat ini dimainkan atau dipersembahkan seramai dua orang atau empat orang. Silat akan diiringi dengan alunan muzik dengan gaya seakan-akan kura-kura. Antara alat muzik yang digunakan dalam persembahan silat ini adalah Gong, Serunai, Gendang serta Cana. Kebiasaannya, Silat Kura-kura dimainkan untuk persembahan pentas, majlis-majlis keramaian serta perkahwinan.

LOKASI

KEUNIKAN

[…maklumat keunikan Silat Kura-Kura…]