Roti SEKAYA DAPUR KAYu

GeoPRODUK

3 Geoproduk

MENU

Facebook

Roti Sekaya Dapur Kayu yang sememangnya merupakan hidangan istimewa 100% berasal dari Kampung Bukit Gemuroh, Hulu Terengganu. Kak Ah merupakan pengusaha kepada Roti Sekaya Dapur Kayu ini mengatakan bahawa hidangan ini merupakan resipi turun temurun sejak tahun 70-an lagi. Bermula awal tahun 2019, hidangan ini mula mendapat sambutan yang hangat bukan sahaja pelanggan setempat malahan dari luar Hulu Terengganu. Bagi mendapatkan adunan roti yang lembut dan tekstur permukaan roti yang licin perlu menggunakan seratus peratus tenaga tangan. Roti yang telah siap diuli akan dibakar secara tradisional di atas api dapur kayu yang memancarkan aroma yang harum kepada roti tersebut. 

Selain dari kelembutan yang terdapat pada roti tersebut, keajaiban sebenar terletak pada inti kaya yang dihasilkan sendiri oleh Kak Ah yang juga menjadi   bualan orang ramai. Campuran telur, gula dan juga santan merupakan bahan-bahan yang digunakan oleh beliau bagi menghasilkan inti kaya yang dapat memberikan sentuhan yang manis di setiap gigitan. Selain daripada inti kaya terdapat juga dua lagi inti lain iaitu inti kacang merah dan juga inti kelapa. 

Bagi mereka yang berminat untuk merasai keenakkan roti sekaya yang dibakar menggunakan dapur kayu boleh hadir sendiri dan merasai sendiri pengalaman melihat roti yang dibakar secara langsung di Kampung Bukit Gemuroh, kira-kira 12 minit dari pekan Kuala Berang atau boleh hubungi 010-3834686 (Kak Ah)

LOKASI

KEUNIKAN

[…Maklumat keunikan Roti Sekaya Dapur Kayu…]