Roti Binjai Legend

GeoPRODUK

3 Geoproduk

MENU

Facebook

Roti binjai legand yang terletak di Kampung Buluh, Hulu Terengganu iaitu lebih kurang 40 kilometer dari bandar Kuala Terengganu. Warung ini telah beroperasi pada tahun 2018 dan menjadi tular selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

Rasanya amat lazat dan rupanya seakan-akan menyerupai buah binjai. Walaubagaimanapun, tekstur roti binjai lebih ringan berbanding dengan kayu keramat. Roti ini berbentuk bulat melonjong dan besar, warnanya yang keperang-perangan menjadikan hidangan ini menyerupai buah binjai. Ianya diperbuat dari tepung gandum yang diuli dan diletakkan sedikit gula,majerin lalu digoreng ke dalam minyak yang panas

Hidangan ini disajikan dengan 3 jenis pilihan kuah iaitu kuah gulai ayam, sambal bilis dan gulai kambing yang semestinya menjadi pilihan orang ramai.  Kombinasi roti binjai bersama kuah menjadikan setiap suapan istimewa. Selain roti yang berbentuk buah binjai terdapat dua lagi roti yang disediakan di kedai tersebut iaitu roti piring dan roti jari, walaupun mempunyai nama yang unik namun hidangan ini sering mendapat minat daripada masyarakat setempat mahupun dari luar. Hidangan ini tidak dapat ditemui di mana-mana kedai hanya terdapat di Kampung Buluh, Hulu Terengganu.

Bagi mereka yang ingin membeli roti binjai frozen turut disediakan di kedai tersebut dengan harga RM 4.50 sahaja satu pek sahaja. Waktu operasi warung Roti Binjai Lagend dibuka pada setiap hari kecuali hari isnin bermula pada jam 7.30 am sehingga 2.00 pm. Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian 016-9464006 / 010-5420811 atau facebook “Roti Binjai Lagend”.

LOKASI

KEUNIKAN

Keenakan dan kelembutan Roti Binjai Legend pasti menambat selera sesiapa yang menikmatinya.