Masyarakat Pribumi

Tapak Budaya dan Warisan

15 Tapak Budaya dan Warisan

MENU

Facebook

Orang Asli adalah satu-satunya masyarakat pribumi di Semenanjung Malaysia yang kaya dengan adat resam dan budaya hidup yang berkait dengan alam tabii. Komuniti Orang Asli yang mendiami Kampung Sungai Berua terdiri daripada suku kaum Semaq Beri dan Batek. Majoriti penduduknya adalah suku kaum Semaq Beri. Jumlah komuniti orang asli di kawasan tersebut adalah seramai 334 orang, 172 orang lelaki dan 162 orang perempuan. Bagi penduduk Orang Asli khasnya komuniti Orang Asli Semaq Beri, sungai merupakan satu aspek penting dalam kehidupan mereka. Kegiatan menangkap ikan dan hidupan air yang lain dilakukan pada awalnya hanya untuk sumber makanan sendiri namun atas desakan keperluan sumber kewangan, sebahagian daripada hasil tangkapan juga dijual kepada orang luar. Masyarakat Semaq Beri juga menjalankan aktiviti pertanian tradisional secara kecilan. Mereka menanam beberapa jenis tanaman berhampiran rumah kediaman dan sekitar kampung. Jenis tanaman berkenaan termasuk pokok buah-buahan, tanaman getah dan kelapa (Endicott, 1975). Mereka juga memungut hasil hutan seperti gaharu, buluh, rotan, serta menjalankan pembuatan kraftangan berasaskan buluh (JAKOA, 2014). Aktiviti sampingan yang dilakukan oleh komuniti Orang Asli dalam membantu ekosistem alam semula jadi.

LOKASI

KEUNIKAN

[…maklumat keunikan Masyarakat Pribumi…]