Masjid Kampung Dusun

Tapak Budaya dan Warisan

15 Tapak Budaya dan Warisan

MENU

Facebook

Masjid Kampung Dusun ini telah berusia 116 tahun dengan berstrukturkan Kayu Cengal yang dibina tanpa paku secara gotong royong sejak awal Tahun 1926. Masjid ini adalah di antara masjid tertua di negeri Terengganu. Ia kaya dengan seni ukiran khat terutama pada sisir angin pintu dan dinding. Masih mengekalkan ciri-ciri senibina Rumah Tradisional. Beduk juga masih ada tergantung di tepi beranda. Rajah E.29 menunjukkan seni ukiran khat yang terdapat pada pintu masuk masjid. 

 

Masjid ini terletak di Kampung Dusun, Hulu Terengganu dan telah dibina oleh Tuan Mat dalam tahun 1908 Masehi bersamaan 1326 Hijrah. Masjid yang mempunyai senibina tradisional yang unik dan satu-satunya bangunan seperti ini yang masih tinggal di daerah tersebut. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah pernah berlindung di sini ketika Perang Dunia Kedua meletus dan kali pertama tentera Jepun mendarat di Terengganu pada tahun 1942. Semenjak itu masjid ini dikenali sebagai Masjid Raja dalam kalangan penduduk tempatan.

LOKASI

KEUNIKAN

[…maklumat keunikan Masjid Kampung Dusun…]