Makanan Tradisi

Tapak Budaya dan Warisan

15 Tapak Budaya dan Warisan

MENU

Facebook

Hulu Terengganu mempunyai banyak makanan tradisi yang unik contohnya susu kerbau masam yang diproses dalam batang buluh (boleh didapati di Kampung Pelandan dan Kampung Ceting), emping (dihasilkan daripada padi separuh matang) yang dimakan bersama “Serawa Telur” (santan dimasak bersama manisan dan telur), lemang warisan tradisi Kampung Pasir Nering, “Sambal Kepayang” (berwarna hitam yang dihasilkan dari ramuan buah Kepayang), sangat enak dimakan bersama nasi dan ikan bakar, yang masih menjadi tradisi penduduk asal Tasik Kenyir yang sekarang ini menetap di Kampung Dura, dan lauk-pauk berasaskan ikan sungai dan tasik yang boleh didapati di kedai-kedai makan sekitar Kampung Telaga. Selain itu, terdapat juga Ikan Baung Masak Tempoyak serta Ikan Lampan Goreng dan Ikan Lampam Pekasam yang terkenal di sekitar tasik dan Kampung Basung.

Tumbuk emping terkenal di daerah Hulu Terengganu, Terengganu. Demonstrasi tumbuk emping selalu ditonjolkan di majlis-majlis keraian atau program-program yang melibatkan produk tempatan Negeri Terengganu.

Emping adalah sejenis makanan Tradisional yang diperbuat daripada padi muda dan kerap dibuat ketika musim tuai sebagai tanda kesyukuran golongan petani terhadap hasil pertanian.

Emping disediakan menggunakan padi muda yang diambil daripada lebihan buah-buah padi di sawah selepas musim menuai. Kebiasaannya, mengemping ini dijalankan secara bergotong-royong oleh kalangan kaum wanita dengan menggunakan lesung kayu yang besar serta menumbuk padi hingga menjadi halus.

Bunyi-bunyi alu yang berlaga dan bertingkah dengan lesung kayu akan menghasilkan bunyi-bunyian yang berlainan nada dan bunyi-bunyi tersebut menjadi sumber hiburan pada zaman dahulu.

Proses-proses menyediakan emping agak mudah. Padi akan direndam terlebih dahulu selama 2 atau 3 malam, kemudian ditoskan dan digoreng sehingga menghasilkan bertih. Selepas itu, bertih akan dimasukkan ke dalam lesung untuk ditumbuk hingga lumat. Apabila sudah lumat, emping akan diasingkan daripada kulit dan setelah selesai bolehlah dihidangkan.

Emping yang telah siap biasanya dihidangkan dalam 2 cara iaitu disediakan dengan serawa, atau menggaul emping dengan menggunakan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit gula.

LOKASI

KEUNIKAN

[…maklumat keunikan Makanan Tradisi…]