Makam Syarif Muhammad Al-Baghdadi

Tapak Budaya dan Warisan

15 Tapak Budaya dan Warisan

MENU

Facebook

Syarif Muhamad Al Baghdadi dipercayai seorang ulamak yang berasal dari Baghdad. Beliau dikatakan ulamak yang terawal datang berdakwah dan menetap di Terengganu yang dianggarkan sekitar tahun 1600, beliau  menyebar ajaran Islam kepada penduduk tempatan semasa era pemerintahan Islam di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Beliau dikatakan sebagai seorang yang warak dan keramat.

Terdapat satu penempatan terpecil di Kampung Jenagor, Hulu Terengganu,  Jarak antara Kampung Jenagor ke Pekan Kuala Berang sekitar 31 kilometer kira-kira 37 minit untuk sampai ke destinasi. Perlu menaiki bot untuk ke Jenagor Seberang kira-kira 5 minit untuk sampai ke Madrasah tersebut. Madrasah ini merupakan pusat pemulihan dadah dan pemulihan akhlak yang berkonsepkan kerohanian. Penempatan terpencil ini dikenali sebagai Madrasah Khairul Insan yang diasaskan oleh Allahyarham Zulkifli Ismail yang mula menjejakkan diri beliau di kawasan tersebut pada tahun 1987 bersama Allahyarham Dato Setia Jasa Haji Mohd Salleh bin Haji Awang yang merupakan penulis sejarah negeri Terengganu.

Terdapatnya makam ahlul bait pertama yang dikesan kepunyaan Makan Shariff Muhammad al-Baghdadi di penempatan ini. Syarif Muhamaad al-Baghdadi (Tok Ayah) merupakan seorang tokoh yang sangat penting dalam penyebaran Islam di Tanah Melayu. Beliau berketurunan arab dilahirkan di Kuala Berang, Hulu Terengganu dan belajar di Timur Tengah selama 14 tahun. Sekembalinya beliau di Terengganu, beliau dilantik menjadi guru utama. Shariff Muhammad Al Baghdadi adalah orang bertanggungjawab atas penciptaan dan penulisan Bahasa Melayu serta penulisan batu bersurat. Selain daripada makam Syarif Muhammad al-Baghdadi terdapat juga makam-makam yang dipercayai keturunan beliau, turut dikebumikan sekitar makamnya.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui sejarah kehidupan Syarif Muhammad al-Baghdadi boleh hubungi 013-9301680 (Haji Arif) untuk maklumat yang lebih lanjut.

 

LOKASI

KEUNIKAN

[…maklumat keunikan Makam Syarif Muhammad Al-Baghdadi…]