Kertuk Ulu

Tapak Budaya dan Warisan

15 Tapak Budaya dan Warisan

MENU

Facebook

Kertuk Ulu, juga dikenali sebagai Gendang Batak, merupakan salah satu seni warisan kebudayaan di Hulu Terengganu.Kertuk Ulu ini mula dikembangkan pada tahun 2002 oleh Tuan Haji Ali bin Ismail setelah mendapat sokongan daripada kerajaan. Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu telah menubuhkan pasukan Ketuk Ulu yang terdiri daripada murid yang berusia 8 tahun hingga 12 tahun.

Sejarah permulaan Kertuk Ulu bermula semasa pahlawan Pahang Mat Kilau menumpang di Hulu Terengganu, ketika menanam dan menunggu padi huma masak di Kampung Baong. Mat Kilau mengopek dan melorek beberapa batang buluh serta mencipta bunyi-bunyian daripada buluh-buluh tersebut untuk maksud menghambat burung.

Kertuk Ulu biasanya digunakan dalam persembahan seni dan budaya tempatan, termasuk dalam acara-acara tradisional seperti perayaan,pertujukan seni atau upacara keagamaan. Kertuk Ulu ini diperbuat daripada batang buluh ketinggian sepanjang dua kaki, dikorek bahagian tengahnya dan kelihatan seperti berlidah, serta dililit beberapa urat tali seperti tali kecapi. Muzik yang terhasil juga agak unik apabila diketuk menggunakan lidi buluh berukuran sejengkal. Jika diamati, bunyi yang dihasilkan ada persamaan dengan bunyi gitar “base” dan paluan gendang.

Sejajar dengan pengedaran arus pemodenan, pihak bertanggungjawab telah berusaha untuk mempopularkan seni persembahan ini kepada orang ramai dengan menggunakan beberapa alat muzik lain yang turut dimainkan bersama bagi menghasilkan muzik yang harmoni. 

Keunikan Kertuk Ulu tidak hanya terletak pada bunyi yang dihasilkan tetapi juga pada nilai budaya dan sejarahnya yang mencerminkan warisan seni dan kehidupan masyarakat Terengganu.

LOKASI

KEUNIKAN

[…maklumat keunikan Kertuk Ulu…]