Ikan Baung Tempoyak

GeoPRODUK

3 Geoproduk

MENU

Facebook

Nikmati sensasi citarasa khas masak tempoyak menggunakan ikan baung, satu hidangan istimewa yang mencerminkan kekayaan cita rasa tempatan.

Rasakan kelazatan yang tidak terhingga dengan Ikan Baung kami di Hulu Terengganu.

Masakan ini diolah dengan penuh rasa cinta menggunakan ikan baung segar yang dipilih langsung dari sungai-sungai di sekitar Hulu Terenganu yang sememangnya memberikan kesegaran yang sempurna dan dimasak di dalam claypot untuk memberikan sedikit kelainan. Manakala tempoyak yang digunakan adalah hasil daripada penduduk tempatan yang pastinya 100% mengunakan durian tanpa adanya campuran lain. 

Gabungan lazat ikan baung segar, tempoyak dengan rasa asam, manis dan sedikit pedas dan aroma khas dari claypot membuat setiap suapan menjadi pengalaman yang istimewa. Rasakan kelazatan hidangan ikan baung segar masak tempoyak yang asli hanya boleh dirasai di Hulu Terengganu.

Berikut senarai nama kedai yang menjual hidangan Ikan Baung Masak Tempoyak di Hulu Terenggganu:
– Dapur Rafflesia di Kampung Tapah
– Warung Kayu Api Mek Lamoh di Kampung Dusun
– Lembah Warisan di Kampung Basong
– Warung Ikan Baung Tempoyak Red kenyir di Kampung Tapah
– Warung Mr baung di Kampung Basong
– Kedai Makan Maa Selera Baung di Kampung Gaung
– Kedai Makan Baung Meraung di Simpang Kampung Gaung
– Restoren Aroma Kampung di Kampung Baung
– Kedai Kak Pah Ikan Baung di Kampung Binjai Kertas
– Warung Bira Retok di Kampung Kuala Pueh
 

LOKASI

KEUNIKAN

Jika di Temerloh terkenal dengan Patin tempoyaknya, Hulu Terengganu tidak kurang popularnya dengan Asam Pedas Tempoyak Ikan Baung yang menjadi antara satu tarikan utama pelancong.