Granit Air Terjun Lata Buweh

Geotapak

15 Geotapak

MENU

Facebook

Geotapak Air Terjun Lata Buweh terdiri daripada batuan Granit Kapal berusia Trias (230 juta tahun). Komponen utama batuan di sini adalah granit, tamolit dan dolerit. Geotapak ini bernilai saintifik dan rekreasi bertaraf tempatan kerana ianya berkait rapat dengan fenomena pengangkatan Granit Jalur Timur pada era Mesozoik hasil daripada subduksi kerak lautan Tethys. 

Hasil aktiviti tektonik ini telah mewujudkan pelbagai struktur iaitu sesar, kekar, schileren, apofisis dan zenolith. Landskap air terjun yang terbentuk akibat pemotongan oleh sesar yang merentas aliran sungai utama membentuk panorama yang indah beserta kolam-kolam air terjun menambahkan nilai estetik geotapak ini.

LOKASI

KEUNIKAN

Geotapak ini bernilai saintifik dan rekreasi bertaraf tempatan kerana ianya berkait rapat dengan fenomena pengangkatan Granit Jalur Timur pada era Mesozoik hasil daripada subduksi kerak lautan Tethys. Hasil aktiviti tektonik ini telah mewujudkan pelbagai struktur iaitu sesar, kekar, schileren, apofisis dan zenolith. Landskap air terjun yang terbentuk akibat pemotongan oleh sesar yang merentas aliran sungai utama membentuk panorama yang indah beserta kolam-kolam air terjun menambahkan nilai estetik geotapak ini.