Fosil Kesan Tapak Kaki Dinosaur Sungai Chincir

Geotapak

15 Geotapak

MENU

Facebook

Geotapak Sungai Chichir terdiri daripada batuan sedimen batu pasir, batu lumpur dan konglomerat berusia Jura sehingga Kapur (200- 70 juta tahun). Geotapak Kesan Tapak Kaki Dinosaur ini merupakan geotapak bernilai kebangsaan dengan penemuan fosil gigi, fosil kesan tapak kaki spesis Iguanodon, Tetropod dan Sauropod serta fosil kesan korekan organisma (burrow) atau dikenali sebagai Scoyenia semasa Ekspedisi Jura-Kapur 2014. 

 

 

Penemuan fosil dinosaur ini menunjukkan bahawa wujudnya Dinosaur di negeri Terengganu. Fosil gigi ditemui dalam bongkah konglomerat, fosil kesan tapak kaki ditemui di atas permukaan bongkah batu pasir, sementara kemungkinan fosil tulang dan serpihan tulang dinosaur ditemui dalam batu pasir kemerahan di tebing sungai dan juga dalam bongkah-bongkah batu pasir di Sungai Chichir.

LOKASI

KEUNIKAN

Geotapak Kesan Tapak Kaki Dinosaur ini merupakan geotapak bernilai kebangsaan dengan penemuan fosil gigi, fosil kesan tapak kaki spesis Iguanodon,Tetropod dan Sauropod serta fosil kesan korekan organisma (burrow) atau dikenali sebagai Scoyenia semasa Ekspedisi Jura-Kapur 2014. Penemuan fosil dinosaur ini menunjukkan bahawa wujudnya Dinosaur di negeri Terengganu.