Fitur Zenolith Air Terjun Saok

Geotapak

15 Geotapak

MENU

Facebook

Batuan dasar geotapak ini merupakan sebahagian daripada batuan Granit Kapal yang dikenali Granit Saok berusia Trias (230 juta tahun). Geotapak ini bernilai saintifik dan rekreasi bertaraf tempatan kerana ianya berkait rapat dengan fenomena pengangkatan Granit Jalur Timur pada era Mesozoik hasil daripada subduksi kerak lautan Tethys. 

Hasil aktiviti tektonik ini telah mewujudkan pelbagai struktur iaitu sesar, kekar, schileren, apofisis dan zenolith. Landskap air terjun (Rajah E.12) bertingkat yang terbentuk menjanjikan pemandangan yang sangat indah dan memberi nilai tambah kepada geotapak Air Terjun Saok ini.

LOKASI

KEUNIKAN

Geotapak ini bernilai saintifik dan rekreasi bertaraf tempatan kerana ianya berkait rapat dengan fenomena pengangkatan Granit Jalur Timur pada era Mesozoik hasil daripada subduksi kerak lautan Tethys. Hasil aktiviti tektonik ini telah mewujudkan pelbagai struktur iaitu sesar, kekar, schileren, apofisis dan zenolith. Landskap air terjun bertingkat yang terbentuk menjanjikan pemandangan yang sangat indah dan memberi nilai tambah kepada geotapak Air Terjun Saok ini.