Dendang Anak

Tapak Budaya dan Warisan

15 Tapak Budaya dan Warisan

MENU

Facebook

Pada tahun 1997, Kampung Jenagor di Hulu Terengganu telah melahirkan kumpulan persembahan iaitu dendang anak. Dendang anak ini merupakan salah satu warisan budaya yang terdapat di Hulu Terengganu. Kumpulan ini masih aktif membuat persembahan secara rasmi mahupun tidak rasmi seperti majlis undangan perkahwinan, festival dan lain-lain lagi. Kumpulan ini dianggotai seramai 16 pemuzik dan mempunyai 2 orang penyanyi, mereka merupakan penghuni Madrasah Khairul Insan yang terletak di Kampung Jenagor Seberang. Tujuan penubuhan madrasah ini untuk memulihkan akhlak penagih dadah. Mereka bersatu padu untuk memperjuangankan keunggulan budaya Melayu dan menyatukan bangsa Melayu melaui seni dan warisan. Semua lirik dan lagu yang disampaikan oleh kumpulan ini merupakan karya Allahyarham Zulkifli Ismail yang juga merupakan pengasas kepada kumpulan ini.

Dendang anak merupakan sebuah seni suara yang menggabungkan keindahan melodi dengan kata-kata yang puitis. Dalam alunan melodi yang mempersonakan, tersingkap satu cerita mahupun nasihat yang memaparkan kisah yang penuh makna dalam kehidupan, ini membuktikan bahawa seni ini lebih daripada sekadar hiburan. Setiap nada yang dialunkan dapat membangkitkan perasaan yang penuh semangat dan mampu membuat pendengar merenung tiap kata-kata yang dilontarkan dalam persembahan tersebut.

Pada awalnya, dendang anak bermula sebagai sebuah persembahan yang bersifat ketuhanan di kalangan penghuni Madrasah Khairul Insan Jenagor. Pengaruh agama dan budaya Melayu sangat terlihat dalam lirik-lriknya.

Persembahan dendang anak ini umumnya diringi dengan beberapa alat muzik tradisonal antaranya rebena, gendang, gong, kerincing dan seruling. Kini, persembahan dendang anak menjadi semakin digemari dan meraih perhatian daripada masyarakat setempat mahupun luar.

Bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan persembahan ini, boleh hubungi 013-9301680 (Haji Arif) untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut.

LOKASI

KEUNIKAN

[…maklumat keunikan Dendang Anak…]