Bekas Lombong Barit Pulau Camal

Geotapak

15 Geotapak

MENU

Facebook

Geotapak Pulau Camal ini merupakan bekas lombong barit (Rajah E.11), dibentuk oleh batuan sedimen dari unit batuan Syal Sungai Kerbat berusia Karbon- Permian (310-250 juta tahun). 

Geotapak ini mempunyai nilai saintifik pendidikan bertaraf negeri kerana ianya merupakan satu-satunya perlombongan mineral barit di negeri Terengganu pada ketika itu. 

Mineral barit yang terbentuk hasil daripada proses hidrotermal di mana sisa magma panasnya kaya dengan unsur Barium (Ba) bergerak memasuki retakan dalam batuan sekitar dan termendak didalamnya membentuk bijih telerang. 

Mineral Barit digunakan secara meluas dalam eksplorasi minyak dimana ianya digunakan sebagai bahan campuran dalam lumpur gerudi untuk penggerudian telaga petroleum.

LOKASI

KEUNIKAN

Geotapak ini mempunyai nilai saintifik pendidikan bertaraf negeri kerana ianya merupakan satu-satunya perlombongan mineral barit di negeri Terengganu pada ketika itu. Mineral barit yang terbentuk hasil daripada proses hidrotermal di mana sisa magma panasnya kaya dengan unsur Barium (Ba) bergerak memasuki retakan dalam batuan sekitar dan termendak didalamnya membentuk bijih telerang. Mineral Barit digunakan secara meluas dalam eksplorasi minyak dimana ianya digunakan sebagai bahan campuran dalam lumpur gerudi untuk penggerudian telaga petroleum.