Batuan Gunung Berapi Jalan Gawi-Aring

Geotapak

15 Geotapak

MENU

Facebook

Geotapak batuan gunung berapi ini didasari dengan batuan volkanik trakit, riolit hornblend dan sedikit andesit. Batuan asalan gunung berapi ini berusia awal Permian iaitu 270 juta tahun. 

Geotapak ini bernilai saintifik bertaraf negeri kerana taburan batuan gunung berapi di dalam Negeri Terengganu tidak meluas seperti di negeri Johor. 

Batuan volkanik ini berpotensi dijadikan sebagai sumber kajian oleh golongan pengkaji bumi bagi merungkai sejarah batuan gunung berapi di Terengganu. 

Antara keunikan geotapak ini adalah penemuan fosil fauna marin pada kekanta batu kapur di dalam batuan trakit. Selain itu, kepelbagaian struktur sekunder iaitu struktur sesar, kekar dan zenolith menambahkan nilai saintifik pada geotapak ini.

LOKASI

KEUNIKAN

Geotapak ini bernilai saintifik bertaraf negeri kerana taburan batuan gunung berapi di dalam Negeri Terengganu tidak meluas seperti di negeri Johor. Batuan volkanik ini berpotensi dijadikan sebagai sumber kajian oleh golongan pengkaji bumi bagi merungkai sejarah batuan gunung berapi di Terengganu. Antara keunikan geotapak ini adalah penemuan fosil fauna marin pada kekanta batu kapur di dalam batuan trakit. Selain itu, kepelbagaian struktur sekunder iaitu struktur sesar, kekar dan zenolith menambahkan nilai saintifik pada geotapak ini.