Batu Pasir Sungai Petang

Geotapak

15 Geotapak

MENU

Facebook
Geotapak Batu Pasir Sungai Petang merupakan batuan sedimen endapan lautan berusia Karbon sehingga Permian (355- 250 juta tahun) yang terangkat semasa penerejahan batuan igneus pada masa Trias. Batu Pasir yang termendap di sini sangat masif dan mempunyai ketebalan sehingga lima (5) meter. Geotapak ini mempunyai nilai saintifik pendidikan bertaraf tempatan kerana batu pasir ini membentuk keratan tip kepada formasi batu pasir Sungai Petang. Selain itu, kehadiran landskap sungai yang sangat cantik terutama alur, beting titik, beting tengah alur serta merupakan lokasi strategik untuk dijadikan lubuk ikan Kelah. Sungai Petang ini telah dijadikan sebagai Santuari Kelah dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

LOKASI

KEUNIKAN

Geotapak ini mempunyai nilai saintifik pendidikan bertaraf tempatan kerana batu pasir ini membentuk keratan tip kepada formasi batu pasir Sungai Petang. Selain itu, kehadiran landskap sungai yang sangat cantik terutama alur, beting titik, beting tengah alur serta merupakan lokasi strategik untuk dijadikan lubuk ikan Kelah.