Batu Kapur Bukit Bewah

Geotapak

15 Geotapak

MENU

Facebook

Geotapak ini dicirikan oleh batu kapur yang terbentuk di dalam sekitaran lautan pada usia Permian (250 juta tahun). Geotapak ini sangat istimewa kerana ianya merupakan satu-satunya bukit batu kapur yang terdapat di dalam negeri Terengganu. Selain itu, ia merupakan geotapak bertaraf antarabangsa kerana penemuan kerang gergasi Shikamaia sp. yang sangat langka, ditemui dibeberapa tempat sahaja di dunia dan penemuan artifak dan kerangka manusia purba berusia 16,000 tahun dahulu juga ditemui di dalam gua Bukit Bewah ini. Kepelbagaian fosil lautan seperti Sefalopod, Gastropod, Bivalvia, Karang dan Foraminifera telah memberikan nilai tambah kepada geotapak ini. Bukit batu kapur ini juga mempamerkan landskap kars dengan berbagai bentuk morfologi seperti mogot dan pinakel. Fitur-fitur kars istimewa seperti gua-gua batu kapur yang kaya dengan fitur-fitur gua seperti stalagmite, talaktit, tiang, kolam berbingkai, langsir dan batu alir.

LOKASI

KEUNIKAN

Merupakan geotapak bertaraf antarabangsa kerana penemuan kerang gergasi Shikamaia sp. yang sangat langka, ditemui dibeberapa tempat sahaja di dunia dan penemuan artifak dan kerangka manusia purba berusia 16,000 tahun dahulu juga ditemui di dalam gua Bukit Bewah ini. Kepelbagaian fosil lautan seperti Sefalopod, Gastropod, Bivalvia, Karang dan Foraminifera telah memberikan nilai tambah kepada geotapak ini. Bukit batu kapur ini juga mempamerkan landskap kars dengan berbagai bentuk morfologi seperti mogot dan pinakel. Fitur-fitur kars istimewa seperti gua-gua batu kapur yang kaya dengan fitur-fitur gua seperti stalagmite, talaktit, tiang, kolam berbingkai, langsir dan batu alir.