Batu Kapal, Kampung Gerdong

Tapak Budaya dan Warisan

15 Tapak Budaya dan Warisan

MENU

Facebook

Bukit Batu Kapal merupakan sebuah bukit batu yang dalam kawasan hutan simpan di Kampung Gerdong, Telemong, Hulu Terengganu. Ia memiliki bentuk batuan unik seakan sebuah dek kapal yang terkandas, terletak berhampiran puncaknya dengan sebatang anak sungai jernih mengalir di sisi dalam alam belum terusik sudah cukup menjadi tarikan. Berdasarkan mitos orang kampung, batu kapal sepanjang 21 meter dan setinggi 4.5 meter itu wujud sejak ratusan tahun dahulu, apabila sebuah kapal besar milik pedagang dari China terkandas pada beting pasir ketika melalui kawasan itu. Kapal dagang itu dikatakan berurus niaga perdagangan di Kuala Berang, tetapi tersangkut pada beting pasir kerana di situ terdapat sungai besar seperti laut. Lama-kelamaan kapal itu bertukar menjadi batu sehinggalah dipanggil batu kapal selain kawasan berkenaan menjadi bukit dan dipenuhi hutan. Begitulah cerita ringkas mengenai wujudnya batu berbentuk kapal di bukit yang berketinggian kira-kira 150 meter terletak di Kampung Gerdong, Hulu Terengganu. 

LOKASI

KEUNIKAN

[…maklumat keunikan Batu Kapal, Kampung Gerdong…]