Batu Dimensi Bukit Chetai

Geotapak

15 Geotapak

MENU

Facebook

Geotapak ini didasari dengan batuan granodiorit berusia Trias (230 juta tahun). Batuan ini kebanyakannya berwarna kelabu cerah hingga kelabu kadangkala hingga kelabu gelap bergantung kepada kandungan mineral mafik. 

Batuan dolerit wujud sebagai bongkah-bongkah berukuran kurang dari 1m. Warna dolerit ini adalah hijau hingga hijau gelap dengan saiz butirannya halus. Komposisi mineralnya adalah seragam. 

Geotapak ni bernilai saintifik dan budaya bertaraf kebangsaan kerana membekalkan bahan binaan dalam negara dan juga sebagai tapak untuk kajian batu dimensi. 

Nama komersial bagi batu dimensi ini adalah Terengganu Green dan Sekayu White yang merujuk kepada dolerit dan granit.

LOKASI

KEUNIKAN

Geotapak ni bernilai saintifik dan budaya bertaraf kebangsaan kerana membekalkan bahan binaan dalam negara dan juga sebagai tapak untuk kajian batu dimensi. Nama komersial bagi batu dimensi ini adalah Terengganu Green dan Sekayu White yang merujuk kepada dolerit dan granit.