Batu Bersurat

Tapak Budaya dan Warisan

15 Tapak Budaya dan Warisan

MENU

Facebook

Batu Bersurat yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan jawi pertama ditemui di Malaysia. Tulisan yang terpahat pada Batu Bersurat menjelaskan tentang pengisytiharan dan penguatkuasaan Undang-Undang Islam di zaman pemerintahan Raja Mandalika sebagai agama rasmi negeri Terengganu sekitar tahun 702 Hijrah bersamaan 1303. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat (Sungai Tara), Kampung Buluh di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1887.

Memorial Batu Bersurat terletak berhampiran dengan tapak penemuan Batu Bersurat di Sungai Tara, Kampung Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Pembinaannya adalah bertujuan untuk memperingati tempat penemuan Batu Bersurat oleh orang-orang kampung dalam tahun 1887 Masihi. Batu Bersurat ketika ditemui merupakan kali kedua pada tahun 1902 Masihi oleh Syed Husin Ghulam Al Bhukari telah dijadikan sebagai alas kaki untuk naik ke atas surau. Tulisan yang terpahat pada Batu Bersuratmenjelaskan tentang pengisytiharan dan penguatkuasaan Undang-Undang Islam di zaman pemerintahan Raja Mandalika sebagai agama rasmi negeri Terengganu sekitar tahun 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi.

Memorial ini berbentuk empat persegi sama berukuran 11,400 cm x 11,400 cm dan bertingkat tiga belas. Ia telah dibina atas lot tanah seluas 6.12 ekar pada bulan Oktober 1989 dan siap dalam tahun 1990. Memorial Batu Bersurat telah dirasmikan pada tanggal 13 April 1992 oleh Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Wan Ahmad.

LOKASI

KEUNIKAN

[…maklumat keunikan Batu Bersurat…]